Sertai Pertembungan Terakhir Dota 2 Dan CS:GO Secara Percuma!

745

Selepas hampir 40 pertembungan yang melibatkan pasukan dari serata dunia, Perlawanan Akhir ROG MASTERS kini bakal diadakan di Kuala Lumpur. Sebanyak enam pasukan terdiri daripada pasukan dari China, EMEA, APAC dan Amerika akan berentap dalam permainan Dota 2 dan CS:GO.

Berlangsung selama dua hari bermula 9 Disember, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tuan rumah untuk ROG MASTERS. Bertempat di KLCC, semua pasukan akan merebut hadiah keseluruhan bernilai $470,000 (hampir RM1.93 juta).

Antara nama pasukan yang akan beraksi ialah CDEC, Team Empire, Penta Sports, WG Unity, Execration, Optic Gaming untuk Dota 2. Manakala, Gambit Gaming, Mousesports, Tyloo, 5Power Club, Grayhound Gaming, Splyce untuk CS:GO.

Pas masuk adalah percuma dan untuk dapatkan goodies menarik serta cabutan bertuah, anda boleh pra-daftar di laman sesawang ROG MASTERS.