Apple Diarah Bayar RM2.163 Bilion Kepada Sebuah Universiti Di AS

Pada tahun 2015, Apple diarahkan membayar USD234 juta (RM1 bilion) kepada Universiti of Wisconsin-Madison gara-gara melanggar hak paten yang dipegang universiti tersebut. Belum cukup dengan itu, kini mahkamah telah menambah hukuman tersebut menjadikan ia berjumlah USD506 juta (RM2.163 bilion). Apple yang didapati bersalah telah menggunakan hak paten berkenaan pada teknologi cip pemprosesan berkaitan komputer.

Hakim juga berpendapat bayaran yang dikenakan ini telah ditambah dengan kadar bunga dan faedah kerana melanggar hak paten sehingga tarikh luput Disember 2016. Bagaimanapun, selepas keputusan dikeluarkan oleh mahkamah, Apple enggan mengulas apa-apa komen mengenainya.

Paten ini asalnya telah difailkan oleh seorang profesor dan tiga pelajar Universiti of Wiscousin pada tahun 1998.

You might also like