USB Kini Lebih Pantas Dengan USB 3.2 – Kelajuan Mencecah 20Gbps

Seperti yang diketahui umum, tugas USB ialah untuk memindahkan data antara satu peranti ke satu peranti, malah ia juga digunakan oleh kita setiap hari untuk mengecas telefon pintar. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai buat masa kini adalah sekitar 10Gbps pada versi USB 3.1 dan pada versi USB 3.2 akan datang, kelajuan tersebut telah digandakan kepada 20Gbps.

Mengikut ujian yang dilakukan oleh para jurutera, pemindahan data yang pantas ini hanya menyokong pada kabel jenis USB Type-C, sebaliknya pada USB versi sebelumnya didapati gagal. Walau bagaimanapun, tidak semua alat dapat menggunakannya melainkan ianya sebuah peranti baru yang menggunakan teknologi yang sama.

Buat masa ini, ia masih berada di peringkat penghujung dan tidak mustahil masalah mungkin berlaku. Selepas itu, kemungkinan kita akan melihat ia mula digunakan secara komersial pada tahun 2019. Bagi anda yang tidak tahu, generasi USB 3.0 kini tidak wujud malah ia telah digantikan kepada USB 3.1 (5Gbps), selepas itu generasi kedua muncul sebagai USB 3.1 (10Gbps) yang mana banyak pengeluar gunakan.

You might also like