Xiaomi Mi Note 2 ‘Pro’ Bakal Hadir Dengan RAM Sebesar 8GB?

1Xiaomi bakal perkenalkan produk baru pada 27 September 2016 nanti, seiring dengan pelancaran tersebut Xiaomi bakal memperkenalkan model lain selain Mi 5S iaitu Mi Note 2 Pro.

Apa yang menariknya mengenai gambar yang tertiris, peranti ini dikhabarkan menawarkan kapasiti RAM sebesar 8GB? Betul ker?? Melalui gambar yang tersebar di Internet, ‘About Phone’ Mi Note 2 Pro jelas menunjukkan RAM peranti tersebut adalah 8GB.

Selain itu, smartphone ini akan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 821 berkelajuan Quad Core 2.6GHz serta dioperasikan oleh Android versi terkini, 7.0 Nougat.

Editor tidak pasti sama ada Mi Note 2 Pro benar-benar menggunakan RAM 8GB atau ia hanya sekadar gimik! Kita hanya tunggu sahaja perasmiannya nanti.

You might also like