
Grab Malaysia mengembangkan sayap dan memulakan operasi mereka di kawasan baru seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri dan Langkawi baru-baru ini. Menariknya, pelancong termasuk penduduk tempatan boleh menggunakan khidmat Grab ini pada bila-bila masa.
Oleh itu, Grab mengadakan promosi potongan harga sehingga RM5 x 10 (RM50) kepada sesiapa yang menggunakan aplikasi mereka untuk ke destinasi seperti yang disebutkan tadi. Para pengguna cuma perlu masukkan kod promosi JOMGRAB di dalam aplikasi berkenaan.
Seperti biasa setiap promosi ada terma dan syaratnya. Ikutinya di bawah:-
- Sah dari 19 April hingga 1 Mei 2017.
- Sah untuk GrabCar di Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Miri sahaja.
- Sah melalui bayaran tunai, kad kredit atau kad debit.
- Sah kepada pelanggan baru dan sedia ada.
- Terhad kepada 5,000 pelanggan terawal setiap hari.
Kepada pengguna yang ingin mendapat tambang menaiki Grab dengan harga yang rendah bolehlah grab promosi ini.
Jangan lepaskan peluang bernilai ini!