ZTE Axon 7s Akan Hadir Bersama Snapdragon 821

Model siri Axon 7 diteruskan menjadi nama flagship bagi jenama gergasi ZTE, tetapi kali ini difahamkan mereka akan menaik taraf perkakasan dalaman. Cip pemprosesan menggunakan Qualcomm Snapdragon 821, namun belum pasti jika RAM sebesar 6GB dan storan 128GB akan dimuatkan.

Dalam pada itu, siaran akbar ZTE tidak menyatakan sama ada perubahan rekaan stereo speaker atau sistem Dolby Atmos dilakukan. Selain itu, kemungkinan paparan hadapan jenis AMOLED 5.5 inci QHD dikekalkan. Pada bahagian kamera utama pula lensa 20 megapiksel serta dioperasikan oleh Android Nougat kemungkinan hadir bersama.

Tidak ada maklumat lanjut dikongsikan oleh pihak ZTE, mungkin mereka ingin membuat kejutan pada majlis perasmian kelak.

Kita nantikan…

You might also like