
Teaser Untuk Samsung Galaxy Note 7
Tidak sabar menantikan kehadiran peranti ‘Note’ terbaru Samsung yang dijadualkan pada Ogos 2016? Samsung telah memperlihatkan sebuah teaser ringkas mengenainya yang dikenali dengan nama Galaxy Note 7. Video berdurasi 30 saat ini menunjukkan beberapa fungsi yang terdapat di dalam Galaxy Note 7, salah satunya adalah pengimbas cap jari. Seterusnya, ia turut memaparkan penggunaan corak untuk log masuk ke peranti yang agak sukar, sekali gus seperti memberikan petanda yang mana pengguna boleh log masuk dengan lebih mudah. Adakah pengimbas mata yang hangat diperkatakan sebelum ini benar-benar akan dilaksanakan?
https://www.youtube.com/watch?v=dTWyapuLNdI
Akhir sekali, Samsung juga menunjukkan peranti dalam air, mungkin memberi petanda Galaxy Note 7 akan hadir dengan sokongan kalis air. Untuk spesifikasi penuh mengenai phablet flagship Samsung ini, nantikan kemunculan rasmi pada 2 Ogos 2016 ini.

