Daftar Sekarang Untuk Google Duo

4_meitu_3Masih ingat acara Google I/O tempoh hari? Jika anda masih ingat, Google telah memperkenalkan aplikasi dan servis baru yang dikenali sebagai Duo.

Google Duo dikatakan bakal mencabar FaceTime dalam servis panggilan video. Kelebihan Duo adalah ia sangat mudah digunakan dengan menu dan arahan yang minimal. Sebaik sahaja anda melancarkan Duo, anda akan melihat preview diri anda dari kamera hadapan, preview tersebut akan digunakan dalam fungsi “Knock Knock” yang membolehkan penerima panggilan video melihat dahulu si pemanggil.

Walaupun mempunyai kelebihan dari segi fungsi berbanding FaceTime, Duo hanya boleh digunakan pada platform mobil sahaja dan tidak dapat dipastikan sama ada Google merancang untuk membawakan Duo ke dalam platform lain. Pengguna Android kini boleh melakukan proses pendaftaran untuk mendapatkan aplikasi ini, apabila dilancarkan tidak lama lagi anda akan menajdi orang yang pertama menerima notifikasi dari Google.

Pengguna iOS di Malaysia pula masih belum berpeluang mendapatkan aplikasi ini, namun dijangkakan ia juga akan hadir dalam App Store Malaysia tidak lama lagi.

You might also like