Mari Kita Bandingkan Hasil Gambar vivo V5Plus Dan Oppo R9s

Dua jenama terkenal di Malaysia ini bukan calang-calang, vivo bersaing dengan Oppo. Mari kita lihat bagaimana kamera di peranti ini menghasilkan gambar, adakah ia baik atau sekadar memuaskan?

Jika vivo menggunakan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai duta, Oppo pula menampilkan selebriti terkenal, Nora Danish sebagai muka depan. Jadi kita mula dulu dengan spesifikasi di peranti masing-masing:-

Oppo R9s

  • Qualcomm Snapdragon 625 2.0 GHz octa-core
  • Adreno 506 GPU
  • 4GB RAM
  • Paparan 5.5-inch HD IPS LCD, 1080×1920p
  • 64 GB storan tambahan sehingga (256GB)
  • Kamera belakang 16 Megapiksel, phase detection AF, LED flash, f/1.7
  • Kamera depan 16 Megapiksel, f/2.0
  • Dwi SIM
  • 3G, LTE
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth v4.0, A-GPS, Pengimbas Cap Jari
  • Bateri 3010mAh dengan pengecas pantas VOOC
  • Android 6.0.1 Marshmallow, Color OS 3.0

vivo V5Plus

  • Qualcomm Snapdragon 625 2.0 GHz octa-core
  • 4GB RAM
  • Paparan 5.5-inch HD penuh, 1080 × 1920p
  • 64GB ROM
  • Kamera belakang 16 Megapiksel
  • Kamera depan 20 Megapixel dan 8 Megapiksel secondary camera
  • Dwi SIM
  • 3G, LTE
  • Pengimbas Cap Jari
  • Bateri 3160mAh dengan pengecasan pantas
  • Android 6.0 Marshmallow, FunTouch UI

Contoh hasil gambar yang diambil dari kedua-dua peranti:-

Melihat dari hasil penggambaran, ia jelas menunjukkan vivo V5Plus lebih mengagumkan dari segi pengambilan foto selfie , malah butiran serta kontra dipaparkan lebih terang dan menarik. Selain itu, kebolehan mod potret juga nampaknya dapat mengaburkan latar belakang Dato’ Siti Nurhaliza. Namun pada, Oppo R9s tidak kurang hebatnya, gambar juga memuaskan tetapi untuk rakaman swafoto agak overexpose apabila kehadiran cahaya latar belakang yang terang.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan vivo V5Plus, segera dapatkan sehingga 6 Ogos ini. Setiap pembelian di mana-mana concept store, hadiah premium akan diberikan. Hadiah premium merupakan satu sarung kulit, pelindung peranti, dua tiket wayang, kotak hadiah premium, pelindung skrin (jaminan penukaran skrin). Hadiah boleh ditebus pada 8 Ogos sehingga 10 Ogos 2017.

You might also like