- Iklan -

Maxis Membina Rangkaian A.I. – Beri Kesediaan Kepada Ketibaan 5G

Pastinya negara kita sedang bersedia menghadapi evolusi dalam sistem perhubungan dan komunikasi. Justeru, Maxis telah membina rangkaian yang canggih dan pintar, yang digelar Rangkaian A.I yang bersedia untuk menyokong kelajuan, daya tahan dan tuntutan latensi 5G.

Rangkaian ini telah dibina oleh Maxis sendiri dan ia di bina di atas infrastruktur bersedia 5G dengan jejakan optik fiber terluas kepada stesen pangkalan mudah alih di seluruh negara.

Direka dengan seni bina rangkaian Next-Gen IP serta perisian rangkaian teknologi terkini, Rangkaian A.I. Menariknya, Maxis telah mengoptimumkan trafik data di sepanjang laluan yang paling efisien dan juga memperbaiki diri sendiri dengan jangkaan dan alihan trafik di sekitar kawasan yang berpotensi mempunyai masalah. Impaknya, internet akan menjadi lebih lancar tanpa gangguan.

Pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh menerusi Rangkaian A.I ini antaranya ialah pengurusan trafik rangkaian yang pintar, Sokongan untuk NB-IoT, Penyelesaian panggilan pertama yang lebih cepat, Kesinambungan perniagaan, Menangani keperluan perniagaan yang kritikal dan Penyelenggaraan proaktif.

Bagi melihat rangkaian A.I. Maxis yang canggih menyesuaikan dirinya secara intuitif bagi semua jenis situasi, anda boleh menontonya dengan klik di sini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rangkaian A.I. Maxis ini, layari laman sesawang Maxis.

______________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like