

Maxis berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pemain aktif dalam perkembangan eSukan di Malaysia melalui kerjasama dengan Team Secret, pasukan profesional eSukan terkemuka di seluruh dunia dan pasukan Dota 2 No. 1 di seluruh dunia.
Maxis merupakan penaja Malaysia pertama untuk pasukan PUBG Mobile Team Secret, kerjasama ini akan membawa pengalaman permainan eSukan yang terbaik dengan akses kepada peranti pintar gaming yang terbaik dengan Maxis Zerolution, rangkaian No. 1 4G + Fiber, serta pembelian dalam permainan melalui Bil Pengendali bagi pelanggan Hotlink, Maxis dan ookyo.
Melalui kolaborasi ini, Maxis dan Team Secret juga akan membangunkan penciptaan kandungan permainan eksklusif bersama PUBG Mobile Team Secret sepanjang tahun untuk memberi inspirasi dan menaiktaraf pemain Malaysia sehingga ke pentas dunia.
Pasukan PUBG Mobile Team Secret merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke Kejohanan Global Spring Terbuka (PMCO) 2019 di Berlin, Jerman. Ikuti perjalanan mereka untuk menjadi juara dunia dan layari laman Facebook Maxis dan laman Facebook Team Secret untuk maklumat lanjut.