[Ura-Ura] : Foto Bocor Dedah Paparan HUAWEI Mate 30 Pro Tersebar Meluas – Skrin Takuk Besar?

Semakin hari, semakin rancak maklumat tertiris mengenai pendatang baru HUAWEI iaitu HUAWEI Mate 30 Pro bermain di arena web. Terbaru, beberapa foto bocor memaparkan paparan hadapan yang dipercayai bakal disertakan pada peranti tersebut mula tersebar meluas.

Jika diteliti, HUAWEI Mate 30 Pro dilihat bakal menyertakan takuk besar dan syarikat tersebut dipercayai masih mengekalkan imbasan wajah 3D untuk model kali ini. Selain itu, binaan pada sisi juga kelihatan lebih melengkung daripada biasa – ini dilihat seolah-olah mengiyakan khabar angin sebelum ini yang mendakwa HUAWEI Mate 30 Pro mungkin didatangkan dengan binaan sisi yang unik.

Adakah ianya benar? Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan masih belum dipastikan kesahihannya. Segalanya bakal terjawab setelah tuan empunya badan muncul kelak! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

[SUMBER]

You might also like