Hello Android O

Hanya satu hari selepas versi beta Android 7.1.2 Nougat tiba untuk Pixel dan Nexus peranti, Google telah mengumumkan versi Android seterusnya dengan kod nama Android O.

Pengumunan dari Google tidak disertai dengan informasi lanjut mengenai versi terbaru Android, dan itu adalah normal. Kita akan melihat sedikit demi sedikit informasi mengenai Android O sehinggalah ke hari acara Google I/O pada tahun ini berlangsung.

Namun apa yang dapat diketahui pada masa ini adalah Google menyertakan sokongan terbaru untuk membantu peranti menjimatkan kuasa bateri. Apa yang dilakukan Google adalah meletakkan had kepada aplikasi yang berjalan di latar belakang dan dengan ini sekaligus menjadikan kuasa bateri disimpan lebih lama.

Android O memperkenalkan notifications channel, yang mengkategorikan notifikasi mengikut jenis aplikasi seperti yang anda sudah lihat pada Android Nougat. Perbezaannya pada versi ini Google memberikan pengguna lebih akses untuk mengawal bagaimana notifikasi aplikasi bertindak mengikut corak penggunaan mereka sendiri.

Selain itu Google membawakan fungsi Autofill bagi memudahkan pengguna mengisi informasi pada ruang kosong. Selain itu Google juga ingin membawakan mod Picture-in-Picture, sokongan audio berkualiti tinggi dan fungsi baru sokongan WiFi yang dikenali sebagai WiFi Aware.

You might also like