
Snapseed Dikemas Kini Dengan Fungsi Double Exposure
Aplikasi suntingan gambar, Snapseed, menerima kemas kini yang kini membolehkannya menyunting gambar dengan mod Double Exposure, menghasilkan efek unik yang pada dahulunya popular di kalangan pengguna kamera analog.
Google menyatakan fungsi Double Exposure disertakan dengan beberapa mod blending untuk anda cuba. Contoh gambar yang boleh dihasilkan melalui fungsi ini adalah seperti yang disediakan, latar bandar New York di dalam balang kaca.
Satu lagi fungsi baru yang hadir dalam kemas kini Snapseed adalah Pose Face, yang akan membetulkan pose gambar potret berdasarkan model tiga dimensi. Selain itu, Google memberikan fungsi Expanda untuk anda membesarkan kanvas gambar dan mengisi ruang tambahan tersebut.

