
Huawei P10 merupakan salah sebuah peranti yang mendapat perhatian ketika acara MWC 2017 berlangsung dan bagi peminat peranti Huawei, ada berita baik untuk anda. Smartphone dengan kamera terbaik dari Huawei ini sudah pun boleh mula di pra-tempah bermula hari ini 22 Mac sehingga 30 Mac 2017. Peranti yang telah di pra-tempah dijadual untuk penghantaran pada 31 Mac 2017.
Anda boleh layari talian jualan Lazada , Vmall dan 11street untuk melakukan pra-tempah. Harga jualan Huawei P10 adalah RM 2,499, manakala Huawei P10 Lite adalah RM 1,299.

