Siri Terbaru Huawei P10 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Tidak sampai sebulan selepas didedahkan secara rasmi di dalam acara MWC 2017 pada 27 Februari yang lalu, Huawei Malaysia nampaknya telah membawakan berita baik kepada pengguna di negara ini apabila siri terbaru Huawei P10 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di negara ini. Selain daripada model P10 dan juga P10 Plus, Huawei juga turut memperkenalkan model P10 Lite untuk pasaran tempatan.

Huawei P10  l  RM2,499

• HiSilicon Kirin 960
• 64GB + RAM 4GB
• 5.1 inci IPS-NEO LCD
• 1080 x 1920 piksel
• 12 + 20 Megapiksel
• 8 Megapiksel
• 3200mAh
• Prestige Gold, Graphite Black

Sama seperti generasi sebelum ini, P10 dan P10 Plus masih mengekalkan penggunaan dwi lensa inovatif hasil kejuruteraan bersama Leica. Namun begitu, lensa Leica pada model terbaru ini telah menerima penambahbaikan pada keupayaan penggambaran potret yang tampil dengan efek seperti yang dihasilkan oleh studio profesional. Bahkan buat pertama kalinya, Huawei telah menyediakan lensa kamera depan dengan sentuhan Leica pada model P10 dan P10 Plus sebagai pelengkap untuk dwi lensa Leica pada kamera utamanya.

 

Huawei P10 Plus  l  RM3,099

• HiSilicon Kirin 960
• 128GB + RAM 6GB
• 5.5 inci IPS-NEO LCD
• 1440 x 2560 piksel
• 12 + 20 Megapiksel
• 8 Megapiksel
• 3750mAh
• Prestige Gold, Graphite Black

Huawei P10 dan P10 Plus yang hadir dalam rekaan yang premium dan berkualiti tinggi ini bukan sahaja tampil nipis dengan rekaan minimalis, tetapi ia turut dilengkapi dengan fungsi berprestasi tinggi termasuklah Huawei SuperCharge dan juga Machine Learning Algorithm yang mampu memastikan kelancaran pengoperasian peranti berdasarkan cara penggunaan anda.

 

Huawei P10 Lite  l  RM1,299

• HiSilicon Kirin 655
• 32GB + RAM 4GB
• 5.2 inci IPS LCD
• 1080 x 1920 piksel
• 12 Megapiksel
• 8 Megapiksel
• 3000mAh
• Prestige Gold, Graphite Black

Manakala Huawei P10 Lite juga tidak kurang hebatnya kerana ia hadir dalam rekaan mewah pada harga yang berpatutan. Ini kerana ia menampilkan rekaan kombinasi antara kerangka aloi aluminium dan juga panel kaca 2.5D pada bahagian depan dan belakangnya. Apa yang lebih menariknya, Huawei juga turut mengumumkan dua lagi produk terbarunya dengan kemunculan Huawei Nova Lite dan juga Huawei Watch 2.

Pra-tempah Huawei P10, P10 Plus dan juga P10 Lite akan bermula pada 23 Mac ini secara eksklusif di Huawei Experience Store, Lazada dan juga Vmall. Manakala kesemua siri Huawei P10 ini boleh dibeli di semua pengedar sah di seluruh negara mulai 31 Mac 2017.

You might also like