
Perhatian buat pemilik peranti siri ASUS ZenFone 3 (ZE520KL dan ZE552KL), kemas kini sistem operasi Android 7.0 Nougat sudah pun mula diedarkan ASUS kepada peranti tersebut.
Kemas kini yang diedarkan melalui over-the-air (OTA) akan memberikan versi sistem operasi terbaru kepada anda dengan fungsi terbaru yang ada pada Android Nougat. Jika anda mahu mengemas kini peranti, anda memerlukan sekurang-kurangnya 1.5GB storan kosong untuk memasang Android Nougat di dalam peranti anda.
Fungsi, ciri dan tambah baik baru:
1. Suis notifikasi bundle (Settings > Notification > Configure notifications).
2. Menambah baik fungsi input sentuhan.
3. Pengaktifan FET VoLTE dan VoWiFi.
4. Membuang “Share Link” kerana ia tidak stabil untuk Android Nougat.
5. Membuang ikon aplikasi berganda.
6. Membuang fungsi “Tap and hold to show menu”, dan menambah “Tap and hold to activate Multi-window” ke paparan Settings > ASUS customized settings > Recent apps key.
7. Quick Settings kini menyokong paparan tambahan.
8. Pengasingan menu kelantangan suara.
9. Membuang fungsi Shake Shake dari ZenMotion.
10. Live wallpapers seperti Holo Spiral, Bubbles, Black Hole, Phase Beam akan disingkirkan dari dalam sistem kerana ia tidak sesuai dengan sistem operasi terbaru.
11. Antaramuka Home yang baru.

