
Siri MagicBook di bawah HONOR selalu mendapat banyak sambutan dan pujian. Baru-baru ini, HONOR melancarkan HONOR MagicBook 15 yang baru dilengkapi dengan pemproses Intel Core generasi ke-11 terkini, dan skrinnya juga dilengkapi dengan mod mata. Konfigurasi HONOR MagicBook 15 lebih tinggi daripada komputer riba lain di pasaran dengan harga yang sama. Jom lihat ciri dan fungsi komputer riba ini!

Rupa sebenarnya dari segi 360 °

HONOR MagicBook 15 menggunakan reka bentuk badan aluminium ringan. Penampilannya yang berwarna kelabu dipadankan dengan reka bentuk chamfer biru langit. Keseluruhannya kelihatan sangat bergaya. Ketebalan badannya hanya 16.9mm dan beratnya hanya 1.56kg, senang untuk disimpan dalam beg, sama ada untuk pelajar atau pekerja pejabat juga boleh membawa keluar pada bila-bila masa.

Bahagian kanan peranti mempunyai antara muka USB Jenis A dan bicu fon kepala 3.5mm; bahagian kiri peranti mempunyai antara muka USB Jenis-C, USB Jenis A dan HDMI.

Kebolehan papan kekunci dan maklum balas menaip sangat baik. Kamera video juga tersembunyi di papan kekunci, dan korang dapat mengaktifkannya dengan menekannya bila diperlukan. Reka bentuk ini juga baik untuk melindungi privasi korang ~
Skrin penuh Eye Comfort 15.6 inci

Paparan berskala penuh selesa 15.6 inci boleh dikatakan sebagai salah satu titik penjualan HONOR MagicBook 15. Dalam badan peranti yang padat, terdapat bezel ultra-tipis 5.3mm di kedua-dua sisi skrin, menjadikan nisbah skrin-ke-badan mencapai 87%. Di samping itu, berkat gamut warna sRGB 100% dan kecerahan 300 nits, skrin ini juga dapat mencapai ketepatan warna yang sangat baik, mempunyai nisbah kontras 1000: 1 untuk menghasilkan kualiti gambar serta perinci yang baik.
Kemudiannya, terdapat skrin berlamina penuh dengan piksel 1920 × 1080 yang mengurangkan pantulan cahaya skrin LCD. Walaupun skrin di bawah sinar matahari, korang juga dapat memperoleh pengalaman visual yang baik sama ada filem 4K atau bermain permainan.

Yang perlu disebutkan bahawa skrin HONOR MagicBook 15 juga menyokong pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland Jerman untuk mengurangkan tahap cahaya biru yang berbahaya sehingga disebutkan sebagai skrin penuh Eye Comfort. Korang boleh mengaktifkan 3 mod perlindungan mata warna yang berbeza, termasuk warna yang ditetapkan, iaitu warna hangat dan warna sejuk untuk memenuhi keperluan penggunaan harian korang. Contohnya, semasa membaca e-buku, memproses dokumen dan melayari laman web, korang boleh memilih warna hangat, dan mengubah skrin menjadi warna yang sejuk mengikut citarasa korang sendiri. Untuk mengurangkan keletihan mata disebabkan penggunaan jangka panjang, HONOR MagicBook 15 ini juga dilengkapi dengan sertifikasi TÜV Rheinland tanpa kerlipan dan teknologi peredupan DC untuk memberi perlindungan mata yang lebih baik dan pengalaman menonton tanpa kerlipan.
Pemproses Intel Core i5 generasi ke-11

HONOR MagicBook 15 dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 generasi ke-11 yang terbaru, boleh dikatakan meningkatkan prestasi ke tahap yang baru. Prestasi keseluruhan ditingkatkan hingga 21% berbanding dengan MagicBook generasi sebelumnya yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core generasi ke-10. Frekuensi CPU setinggi 4.7 GHz, sangat sesuai untuk korang yang ingin menyelesaikan reka bentuk grafik, penyuntingan video, dan permainan berat dengan cepat. HONOR MagicBook 15 mempunyai ruang penyimpanan berkapasiti besar 512GB dan RAM dwi-saluran DDR4 16GB. Kadar pemindahan juga meningkat sebanyak 50% yang membolehkan korang menangani tugas yang berat dengan lebih mudah dan cekap berbanding dengan mod saluran tunggal.
Selain itu, HONOR MagicBook 15 juga dilengkapi dengan kad grafik Intel Iris Xe, menyokong pengalaman permainan yang lebih menarik, dan memproses fail multimedia dengan kelajuan yang lebih cepat termasuk foto, video dan perisian penyuntingan yang lain. Namun, ketika korang menggunakannya untuk tugas yang berat seperti edit fail besar atau bermain video 4K, korang dapat memilih mod prestasi (pintasan Fn + P) untuk menangani tugas dengan kelajuan yang cepat serta lancar.

Semasa komputer riba menjalankan pelbagai tugas atau permainan, admin percaya bahawa semua orang akan bimbang tentang penjanaan haba, betul? Jangan risau, HONOR MagicBook 15 dilengkapi dengan sistem penyejukan yang canggih, iaitu kipas penyejuk yang sangat besar dan paip haba berganda, dapat meningkatkan lagi kecekapan penyejukannya. Dengan paip haba berkembar 6mm dan 8mm, serta bilah kipas yang disempurnakan, komputer riba dapat ditingkatkan hingga 38% sama ada multitasking, bermain permainan beat, muzik atau video selama masa yang penjang, peranti ini juga dapat mencapai penyebaran panas yang efisien dan mengurangkan kebisingan.
Bagi sambungan rangkaian, antena dwi MIMO 2 x 2 yang terbina dalam HONOR MagicBook 15 mencapai kelajuan sambungan 2400 Mbps dengan Wi-Fi 6 diaktifkan, 2.7 kali lebih cepat daripada sambungan Wi-Fi 5. Korang dapat menikmati sambungan rangkaian berkelajuan tinggi dan lancar sama ada untuk menonton filem, bermain permainan atau hiburan atas talian. Dengan Wi-Fi 6 diaktifkan, kelajuan pemindahan fail dari komputer riba ke telefon bimbit dapat ditingkatkan sebanyak 60%, memang dapat meningkatkan kecekapan harian ~
Hayat bateri dan pengecasan bateri yang tahan lama

HONOR MagicBook 15 mempunyai bateri kapasiti sebanyak 56 Wh yang terbina dalam, dapat menyokong pemutaran video 1080p sehingga 10.5 jam setelah pengisian penuh, jadi pengguna pasti dapat menikmati pengalaman filem, muzik dan video tanpa gangguan sepanjang hari. Pengecas pantas 65W yang disertakan dengan kotak hanya 200g sahaja dan dapat mengecas komputer riba dari 0% hingga 53% dalam masa 30 minit. Selain itu, pengecas ini juga menyokong pengecasan terbalik walaupun digunakan untuk mengecas telefon.
Kolaborasi multi-skrin & fungsi lain

Fungsi kolaborasi multi-skrin HONOR MagicBook yang eksklusif sememangnya sangat diperlukan, terutamanya fungsi kolaborasi multi-skrin HONOR MagicBook 15 yang telah dipertingkatkan. Apabila telefon HONOR disambungkan ke komputer riba, korang dapat mengoperasikan sehingga 3 aplikasi pada masa yang sama dengan mudah, langsung tidak perlu mengangkat telefon untuk beroperasinya, memang mudah! Walaupun dalam proses bermain permainan, korang juga dapat menukar tetingkap dengan lancar.

Yang perlu disebutkan bahawa HONOR MagicBook 15 menyokong fungsi membuka kunci dengan cap jari. Korang hanya perlu memasukkan data cap jari pada butang kuasa untuk membuka kunci komputer riba dengan lebih cepat dan selamat. Privasi korang juga dapat dilindungi dengan betul, dan korang langsung tidak perlu menunggunya untuk membuka komputer riba lagi.
Dari segi kesan bunyi, HONOR MagicBook 15 dilengkapi dengan pembesar suara maya yang terdiri daripada pembesar suara dwi 2W untuk mencapai kesan audio suara di sekeliling korang. Komputer riba ini juga menyokong 5.1 suara berbilang saluran dan empat mod audio, termasuk muzik, permainan, filem dan panggilan, memang dapat memberi pengalaman audio yang mendalam sama ada untuk kerja atau hiburan.
Apa Kata Editor!

Semasa pendemik ini, bekerja di rumah memang memerlukan peranti komputer riba yang tahan lama dan praktikal. Setelah admin mencuba HONOR MagicBook 15, admin rasa peranti ini sangat berkesan dengan mod pelindung mata. Bagi korang yang perlu menghadap skrin komputer dalam jangka masa yang lama, fungsi ini pasti dapat memainkan peranan yang penting, bukan sahaja melindungi mata korang, bahkan juga dapat menyesuaikan mod mengikut kesukaan sendiri. Sudah tentu, prestasi keseluruhan komputer riba ini lebih kuat daripada generasi sebelumnya, pelbagai fungsi yang disebut oleh admin di atas, semuanya dapat membantu korang dalam kerja atau kehidupan seharian!
Harga yang dicadangkan HONOR MagicBook 15 ialah RM3699. Korang yang berminat boleh membelinya melalui kedai flagship HONOR dalam Lazada atau Shopee, atau pergi ke kedai HONOR. Korang yang membeli HONOR MagicBook 15 juga boleh mendapat hadiah bernilai lebih dari RM300, termasuk tetikus Bluetooth tanpa wayar, beg galas komputer riba HONOR dan kotak hadiah HONOR.