Siri Xiaomi Mi 10 Kini Rasmi – Harga Bermula Dari RM2799!!!

Penantian para peminat di Malaysia kini berakhir apabila Xiaomi kini telah merasmikan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro bagi Pasaran Malaysia yang mana kedua-dua peranti ini dijual pada harga RM2799 dan RM3899.

Xiaomi Mi 10

Bagi peranti ini, ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.7″ AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

Jika dilihat dari spesifikasi dalaman pula, ia dihadirkan dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan sebesar 128GB/256 ROM.

Kapasti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4780mAh dan disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Kamera adalah sesuatu yang sangat luar biasa bagi peranti ini apabila dihadirkan dengan 108MP + 2MP + 2MP + 13MP bagi kamera belakang. Manakala bagi hadapan pula dihadirkan dengan 20MP.

Xiaomi Mi 10 Pro

Ini pula adalah model yang lebih lebih hebat bagi siri ini apabila ia dihadirkan dengan 6.7″ AMOLED dan hadir dengan hadar segar semula 90Hz.

Aspek dalaman juga turut mempersonakan apabila ia dihadirkan dengan cip pemproses SNapdragon 865 dan dipadankan dengan 12GB ram dan storan sebesar 256GB/512GB.

Bateri sedikit kecil berbanding Mi 10 apabila ia dihadirkan dengan 4500mAh namun dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Bagi aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan 108MP + 2MP + 2MP + 20MP bagi kamera belakang dan 20MP bagi kamera hadapan.

 

 

 

 

You might also like