Xiaomi Redmi 6 Pro Dengan Skrin 19:9 Sertai Pelancaran Pada 25 Jun Ini

Pelancaran yang akan diadakan pada 25 Jun ini tidak hanya tertumpu pada model tablet, Xiaomi Mi Pad 4 tetapi sebuah lagi model telefon pintar bakal diperkenalkan. Melalui teaser yang mula tersebar di arena sesawang hari ini, peranti yang dimaksudkan ialah Xiaomi Redmi 6 Pro.

Apa yang cuba digambarkan melalui gambar teaser ialah Redmi 6 Pro akan menggunakan skrin nisbah 19:9 yang mana skrin bertakuk. Selain itu, formasi bahagian tengah jersi didalam gambar menunjukkan ia bakal hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 625 diikuti formasi pertahanan memaparkan angka 4,000 yang dipercayai saiz bateri.

Sementara formasi penyerang, dua jersi yang memakai huruf A dan I sebenarnya ialah AI yang mana khusus untuk penggambaran.

Apa-apapun kita tunggu sehingga ia diumumkan secara rasmi pada 25 Jun ini.

You might also like