Samsung Galaxy Note 10 Sokong Empat Kamera + Rangkaian 5G?

Tahun ini memperlihatan Samsung giat memperkenalkan peranti baharu, terutama siri Galaxy S10 yang mendapat sambutan meriah dari seluruh dunia. Setelah siri Galaxy S10, Galaxy A30/50 dan Galaxy M20 dirasmikan ke pasaran tempatan, apa yang dinanti-nantikan tahun ini tentunya kehadiran peranti flagship Galaxy Note 10.

Galaxy S10 5G

Menurut sumber, Galaxy Note 10 akan menggunakan empat kamera pada bahagian panel belakang, dan turut sokong rangkaian 5G seperti mana Galaxy S10 5G yang diperkenalkan pada MWC 2019 baru-baru ini.

[ Baca: Tertiris! Ujian Geekbench Samsung Galaxy Note 10?! ]

Spesifikasi terdedah juga merangkumi paparan skrin 6.6 inci Super AMOLED yang mempunyai resolusi 1440 x 3040 piksel, nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90%, kuasa dalaman menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 bersama 8GB/12GB RAM dan 128GB/512GB ROM.

Bahagian kamera utama pula dilengkapi empat lensa 12MP + 12MP + 16MP + kamera ToF, menyokong teknologi OIS, PDAF, 2x Optikal zum dan banyak lagi ciri baharu yang bakal diperkenalkan.

Watak utama siri Note iaitu S-Pen juga dikhabarkan akan menerima peningkatan yang ketara, sejauh mana kesahihannya kita nantikan pelancaran yang mungkin ditetapkan pada bulan Ogos atau September.

[ SUMBER ]

________________________

Artikel Popular:

 

 

You might also like