[TERTIRIS] : realme X50 5G Bakal Dikuasakan Oleh Cip Pemproses Snapdragon 765G?

Terdahulu, realme pernah mengusik orang ramai mengenai realme X50 5G dengan dwi mod sokongan rangkaian 5G. Pun begitu, realme masih berteka – teki mengenai kemunculannya tetapi kini bersedia berkongsi sedikit maklumat mengenainya di mana mengumumkan apa jenis chipset yang bakal digunakan.

Memetik poster acah tersebar, realme X50 5G bakal didatangkan dengan chipset terbaru, Snapdragon 756G dan dilengkapi integrasi modem Snapdragon X52 5G – menawarkan kelajuan muat naik kepada 1.2Gbps pada 4G dan 3.7Gbps pada 5G. Perkara ini didedahkan sendiri oleh pihak realme menerusi laman Weibo. Pada masa sama, jika diteliti poster acah turut menunjukkan bahawa peranti tersebut bakal hadir dengan rekaan skrin berlubang pada penjuru kiri dengan sokongan dwi kamera selfie.

[BACA : Qualcomm Perkenal Tiga Cipset Baharu Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 & 765G ]

Bagaimanapun, spesfikasi utama lain mengenainya masih belum dikongsi dan kita mungkin bakal mendengarnya pada minggu – minggu akan datang. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like