
Ura-Ura : Kemas Kini Terbesar Pokemon GO Disember Ini
Menurut beberapa portal permainan, Niantic mungkin akan melancarkan kemas kini terbesar permainan Pokemon GO pada Disember ini yang akan membawakan pelbagai pembaharuan kepada permainan yang mencipta sejarah itu.
Antara kemas kini yang dijangkakan hadir adalah fungsi trading di mana pemain boleh bertukar-tukar koleksi Pokemon mereka. Selain itu fungsi yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama mungkin hadir sekali, PvP (player vs player) membolehkan pemain bertarung antara satu sama lain.
Terdapat juga beberapa kemas kini yang digembar-gemburkan akan hadir bagi menggantikan fungsi lama. Salah satu yang menarik adalah kemungkinan besar sistem egg hatching akan diganti dengan baby Pokemon, di mana anda perlu membela Pokemon dari fasa bayi sehinggalah ia melalui evolusi penuh, sangat menarik.
Apa-apa pun kita tunggu Disember nanti untuk melihat sama ada kemas kini dan fungsi-fungsi tersebut betul-betul hadir ataupun tidak.

