CES 2017: “Project Valerie”, Projek Gila Razer

1Razer, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar perkakasan permainan komputer. Syarikat ini terkenal dengan rekaan radikal dan inovasi yang kadang kala boleh dikatakan agak pelik dan melampaui masa.

Pada acara CES 2017, mereka sekali lagi menunjukkan keupayaan mereka untuk mengagumkan kita dengan memperlihatkan sebuah komputer riba dengan kod nama “Project Valerie”. Setup 3 skrin sudah biasa kita lihat pada sistem komputer desktop, namun apa yang Project Valerie cuba capai adalah sesuatu yang sangat mengagumkan, setup 3 skrin pada sebuah komputer riba.

5Komputer riba konsep ini dilengkapi 3 skrin 4K yang boleh digelongsorkan ke dalam badan kerangka ketika tidak digunakan. Teknologi Nvidia’s G-Sync digunakan bagi membantu paparan ini agar kekal stabil sepanjang penggunaan. NVIDIA GeForce GTX 1080 dan RAM 32GB digunakan di dalam komputer riba konsep ini, dan berkemungkinan besar ia akan berubah sekiranya Razer berniat menghasilkannya untuk pasaran pada masa hadapan.

You might also like