
eRing dipelawa hadir ke majlis pelancaran dan pengenalan produk Doogee yang mengambil tempat di sebuah kafe sekitar Damansara. Jenama Doogee mungkin masih kurang dikenali di dalam pasaran tempatan dan itu mungkin saja bakal berubah tidak lama lagi kerana syarikat tersebut telah pun mencipta sejarah dengan menghasilkan smartphone pertama yang dikuasakan pemproses deca core.
F7 Pro merupakan pertaruhan terbesar dari DOOGEE untuk memasuki pasaran pengguna, peranti flasghip ini merupakan smartphone pertama di dunia yang dilengkapi pemproses deca core, iaitu 10 teras pemproses. Spesifikasi itu sahaja mungkin sudah cukup untuk menjadikan DOOGEE sebutan dan memperkenalkan nama mereka di dalam pasaran teknologi yang semakin kompetitif. Selain itu F7 Pro juga dilengkapi pelbagai spesifikasi yang sememangnya harus ada pada sebuah peranti flagship seperti pengesan cap jari dan sistem operasi terbaru. Bagi mereka yang ingin mendapatkan F7 Pro, anda harus menunggu buat sementara waktu kerana DOOGEE akan mengumumkan harga dan membawa masuk peranti tersebut tidak lama lagi.
Spesifikasi
| Sistem Operasi | Andoid 6.0 Marshmallow | |
| Skrin | 5.7 inci FHD IPS | |
| Pemproses | Mediatek Helio X20 Deca Core | |
| Memori | RAM | 4 GB |
| ROM | 32 GB | |
| Kamera | Utama | 21 megapiksel |
| Hadapan | 8 megapiksel | |
| Bateri | 4000 mAh | |
Pada majlis tersebut, DOOGEE juga mengambil peluang memperkenalkan beberapa smartphone dan gajet lain yang disasarkan pada golongan pengguna berbeza. Bagi mereka yang mencari-cari smartphone dengan kuasa bateri yang terhebat, editor cadangkan DOOGEE T6 untuk anda. Smartphone ini mempunyai bekalan kuasa sebanyak 6250mAh dan menurut Encik Feddy ia mampu bertahan sehingga 3 hari dengan corak penggunaan normal. T6 juga tidak kurang hebatnya dari segi spesifikasi pemproses, ia dilengkapi dengan Mediatek MT6735 Quad Core dan menggunakan sistem operasi Android 5.1.

Y200 pula disasarkan bagi golongan muda yang mahukan peranti yang cool dan pada masa yang sama bercirikan premium. Ia dibina menggunakan kerangka besi dan mempunyai sistem keselamatan pengesan cap jari, sesuatu yang penting bagi mereka yang mahukan data di dalam peranti mereka sentiasa selamat. Kamera utamanya pula hadir dengan sensor 8 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel. Di samping itu DOOGEE juga memperkenalkan projektor mini yang dikenali sebagai Smart Cube P1 dan smartwatch pertama mereka iaitu S1.




