
Setelah pengumuman Maxis baru-baru ini berkenaan dengan pelan MaxisONE yang dinaiktaraf bagi pelanggan pascabayar, Hotlink kini memberi tawaran menarik lagi bagi pengguna prabayar yang semakin menggemari Internet.
Tawaran baru untuk pelan prabayar Hotlink FAST kini memberi pelanggannya 2GB Internet 4G percuma setiap hujung minggu seumur hidup. Ini bersamaan dengan 8GB sebulan bagi penstriman, pelayaran dan perkongsian tanpa henti pada hujung minggu. Tiada perbelanjaan minimum atau tambah nilai minima yang diperlukan, apa yang mereka perlu lakukan adalah hanya memastikan akaun mereka aktif.
Selain tawaran ini, Hotlink turut melancarkan tawaran Internet PANTAS yang hebat seperti 5GB untuk RM48 sebulan, dan pas prabayar harian hanya pada harga RM3 untuk 1GB. Bagi mereka yang tidak boleh hidup tanpa WhatsApp, LINE, WeChat atau FB Messenger, terdapat juga Chat Sosial Percuma 24 jam sehari.
Yang berminat boleh melayari https://www.hotlink.com.my/en/plans/fast.html#show-detail untuk maklumat lanjut.

