
BlackBerry Priv Menerima Android Marshmallow
Beberapa minggu yang lalu BlackBerry telah melancarkan ujian beta bagi sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bagi peranti model BlackBerry Priv. Setelah memastikan semua fungsi dan sistem stabil, kini Android versi terbaru itu dilancarkan secara rasmi bagi semua pengguna BlackBerry Priv yang akan dilakukan secara berperingkat.
Pengguna BlackBerry Priv boleh mendapatkan kemaskini Marshmallow bermula 26 April, tetapi bagi mereka yang membeli smartphone dari AT & T, T-Mobile atau Verizon harus menunggu sehingga 3 Mei.
Kemas kini terbaru dari Android menawarkan tambah baik serta fungsi terbaru seperti Now On Tap. Selain itu, BlackBerry juga mengambil peluang untuk menyertakan sekali fungsi terbaru dari mereka seperti sokongan papan kekunci yang membantu anda menaip dengan lebih pantas. Di samping itu, BlackBerry juga menambah baik BlackBerry Hub yang kini memberikan notifikasi aplikasi laman sosial seperti Instagram, Pinterest dan Skype.

