Aktifkan Fungsi Sekuriti Two-Step Verification Untuk Akaun WhatsApp Anda

Sekuriti digital amat penting pada masa kini, di mana hampir semua informasi dan maklumat kita boleh diakses terus dari dalam Internet. Untuk menjamin keselamatan maksimum, pembangun aplikasi dan juga pembekal servis atas talian menawarkan fungsi keselamatan berganda, termasuklah bank, servis e-mel dan lain-lain.

Terbaru, WhatsApp juga menawarkan satu lagi protokol sekuriti yang boleh diaktifkan sekiranya anda mahu meningkatkan keselamatan akaun WhatsApp anda. Di dalam menu settings, anda boleh mengaktifkan Two-Step Verification Code yang akan menjadi kunci utama setiap kali anda mahu mengaktifkan akaun WhatsApp. Kod yang anda tetapkan ini akan digunakan bersama-sama kod khas yang akan dihantar ke nombor anda semasa proses pengaktifan akaun.

You might also like