Hadiah Bernilai 3 Juta Termasuk Pengembaraan Ke Hollywood Bersama Honor

2.1Jika anda peminat X Men, sekarang adalah masa terbaik untuk anda berbelanja kerana Honor ketika ini sedang menjalankan kempen lucky draw yang memberikan anda peluang menikmati percutian penuh glamor di Hollywood.

Honor X Power adalah kempen lucky draw hasil kerjasama antara Honor dan X-Men Apocalypse yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Kempen lucky draw itu sudah bermula semenjak 29 April lalu dan akan berakhir pada 31 Mei ini. Antara hadiah utama yang ditawarkan adalah percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Hollywood, California beserta barangan X-Men seperti beg dan aksesori.

Cara untuk menyertai kempen ini adalah seperti berikut:

  • Beli mana-mana model Honor ( Honor 7, Honor 6 Plus, Honor 7 Enhanced, Honor 5x, Honor 4X, Honor 4C atau Honor band Z1)
  • Log masuk laman https://www.vmall.my/honor-x-power_promotion/sale
  • Klik butang “Sign up through Facebook
  • Masukkan nombor IMEI atau nombor siri peranti Honor anda
  • Jawab soalan mudah untuk melayakkan diri anda memutar roda lucky draw
  • Klik ‘spin the wheel

Selepas 31 Mei, Honor akan memilih pemenang secara rawak dan mereka yang bertuah akan diberitahu menerusi panggilan telefon.

 

You might also like