Ketersediaan Kemas Kini Windows 10 Terbaru Bermula 29 Julai Ini

21911_650271391740291_4477731378746752010_nSempena ulang tahun pertama kemunculan Windows 10 pada 29 Julai 2015 yang lalu dengan menggunakan kod nama ‘Threshold’, Microsoft dikatakan telah merancang untuk memperkenalkan pula kemas kini terbarunya iaitu pada tarikh yang sama pada tahun ini.

Maklumat ini telah disahkan melalui ketirisan garis masa yang diperolehi dari Microsoft sendiri. Kemas kini terbaru yang telah disahkan membawakan kod nama ‘Continuum’ ini bakal menawarkan integrasi yang lebih baik antara peranti mudah alih seperti smartphone dengan komputer.

Win 10Antara ciri-ciri menarik terbaru yang ditawarkan pada kemas kini terbaru ini adalah sokongan keupayaan sentuhan skrin luaran yang membolehkan imej pada skrin smartphone dipindahkan ke komputer Windows 10 yang menggunakan akaun yang sama.

Selain itu, ia juga membolehkan panggilan yang diterima pada smartphone untuk terus dijawab melalui komputer. Pelayar web Edge juga turut menerima sedikit perubahan yang membenarkan pautan pada aplikasi dibuka menggunakan pelayar web yang lain.

 

You might also like