
Spesifkasi Redmi Note 8 2021 Terdedah?? – Tarikh Pelancaran Belum Lagi Diketahui!
Ada satu perkara menarik yang mana spesifikasi Redmi Note 8 2021 kini telah terdedah yang mana ia dikhabarkan bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.3″ FHD+ dot drop display.

Dari aspek dalaman pula, menurut maklumat terdedah ia hadir dengan pemproses MediaTekHelio G85 dan dipadankan dengan 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.
Kamera juga tampak baik apabila dikhabarkan ia bakal hadir dengan 48MP + 8MP + 2Mp + 2MP dan disertakan dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh.
Hanya maklumat spesfikasi yang terdedah. Namun tarikh pelancaran masih belum lagi diketahui bila. Jadi, sama-sama kita nantikan.