
Permainan Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba – The Hinokami Chronicles Akan Tiba Bagi Pasaran Global Tidak Lama Lagi!!
Bagi peminat anime Demon Slayer, ada satu berita yang menarik untuk anda apabila Sega dan Aniplex telah mengumumkan bahawa permainan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan tiba bagi pasaran global.

Apa yang menarik mengenai permainan ini adalah ia hadir dengan 2 mod iaitu Versus dan solo. bagi permainan solo, ia mengikuti jalan cerita dalam siri anime.
Permainan ini bakal hadir bagi platform PS4 dan 5, PC, XBox Series dan Xbox One. Jadi, sama-sama kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

