PewDiePie Kini Mempunyai Rangkaian Media Sendiri

maxresdefault1

PewDiePie merupakan bintang sensasi YouTube yang mempunyai lebih daripada 41 juta penonton setia. Beliau bermula dengan memuat naik video-video yang direkod ketika bermain permainan video mencapai populariti yang mendadak kerana penonton amat menggemari reaksi yang ditunjukkan ketika bermain.

Pada awal tahun ini YouTube mengumumkan telah bekerjasama dengan PewDiePie dalam menghasilkan siri video Scare PewDiePie, dan tidak lama selepas itu PewDiePie pula melancarkan rangkaian media beliau yang dikenali dengan RevelMode. Rangkaian media tersebut turut menampilkan bintang-bintang YouTube yang terkenal seperti CinnamonToastKen (Ken Morrison), CutiePieMarzia (Marzia Bisognin), Dodger (Brooke Lawson), EmmaBlackery (Emma Blackery), JackSepticEye (Sean McLoughlin), Jelly (Jelle van Vucht), Kwebbelkop (Jordi van den Bussche) dan Markiplier (Mark Fischbach).

Menurut PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg, rangkaian tersebut mempunyai kandungan video yang digemari penonton seperti permainan video, animasi, fesyen dan lain-lain. Selain itu beliau juga bercadang meletakkan satu saluran kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan pada rangakaian tersebut.

You might also like