Permainan Video Menjadi Subjek Wajib Bagi Murid Di Norway

Di Malaysia, permainan video menjadi salah satu aktiviti yang diharamkan kerana ia dikatakan akan membantutkan prestasi akademik pelajar. Namun di Norway (sebuah negara yang tersenarai dalam 30 buah negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik), pelajar Garnes High School tidak perlu risau kerana permainan video merupakan salah satu subjek wajib yang akan diimplementasikan di sekolah tersebut bermula bulan Ogos nanti.

Menurut sekolah tersebut, program itu dijalankan bagi melatih daya fikir, refleks dan penyelesaian masalah pelajar mereka. Pada masa yang sama, latihan fizikal yang intensif juga akan diberikan bagi memastikan pelajar mereka juga mempunyai daya fizikal yang baik. Program seumpama ini telah diterima baik masyarakat di sana dengan ramai pihak menyuarakan sokongan.

vrmatMenurut sekolah tersebut, sebuah bilik khas akan dibina bagi menempatkan peranti permainan video seperti komputer, konsol dan lain-lain. Apa yang menarik adalah setiap set komputer yang akan digunakan pelajar di sekolah tersebut dilengkapi kad grafik Nvidia GeForce GTX 980 Ti yang berprestasi tinggi. Selain itu kerusi khas gaming juga disediakan bagi keselesaan pelajar.

You might also like