Imej ASUS ZenFone Max Pro M2 Tertiris? Bakal Dilancarkan 11 Disember 2018!

ASUS ZenFone Max Pro M1 boleh dikatakan sebuah model yang berjaya menarik perhatian peminat kerana kapasiti baterinya sebesar 5000mAh serta harga yang ditawarkan dalam kategori mampu milik.

Terbaru, sebuah lagi model dalam siri tersebut bakal memasuki pasaran tidak lama lagi. Dikenali sebagai ZenFone Max Pro M2, ASUS Malaysia melalui facebooknya mengumumkan 11 November 2018 merupakan tarikh pelancaran rasmi model ini kepada umum.

Dengan tagline ‘Gaming Phone’ oleh ASUS, spesifikasi telefon pintar ini dilihat masih samar-samar. Berdasarkan beberapa berita yang bocor di Internet, telefon pintar ini bakal menyokong:

  • Snapdragon 660
  • Android 8.0 Oreo
  • Paparan skrin bertakuk 6.3 inci FHD+
  • 64GB/128GB ROM + 4GB RAM
  • Dwi-kamera 12MP (f/1.8) + 5MP (EIS)
  • Kamera swafoto 13MP (f/2.0)
  • Pengimbas cap jari

https://www.facebook.com/asusmalaysia/photos/a.295916984115/10156823243214116/?type=3

Ingin melihat imej dan spesifikasi sebenar ASUS ZenFone Max Pro M2, sama-sama nantikan 11 Disember 2018 ya!

[SUMBER]

You might also like