
Razer secara rasminya mengumumkan pembukaan rasmi ibu pejabat mereka di Malaysia, upacara ini disambut meriah oleh Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Lim Guan Eng, serta Menteri Belia & Sukan Malaysia, Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman.
[ Pelancaran Rasmi Razer Pay Di Malaysia – Aplikasi e-Dompet Pelbagai Guna ]
Tahun lalu Razer telah melancarkan aplikasi e-dompet, Razer Pay ke pasaran tempatan hasil kerjasama bersama Berjaya Corporation Berhad. Aplikasi ini telah mencecah seramai 500,000 pengguna dalam masa tidak kurang daripada seminggu, susulan itu Razer Pay telah memperluaskan lagi ciri-ciri baharu mereka seperti kupon dalam aplikasi (in-app coupons), pesanan segera (instant messaging) dan peningkatan pengalaman e-dompet.
Razer juga bekerjasama dengan beberapa jenama di Malaysia dalam memberikan tawaran menarik kepada pengguna, antaranya 7-Eleven menawarkan kupon RM5 dan Kenny Rogers Roasters menawarkan kupon RM10 kepada pengguna Razer Pay. Tambahan lagi, telco tempatan U Mobile juga akan mengadakan peraduan mingguan dengan tawaran hadiah Razer Phone 2 untuk dimenangi.
Muat Turun: Android I iOS
________________________
Baca Juga:
- Lebih Dekat Lagi! Hands-On Huawei P30 Pro Tertiris?!
- Tawaran Terbaik! HUAWEI Mate 20 Pro Kini Berharga RM2,999 – Mulai 1 Mac 2019
- Sekilas Pandang Samsung Galaxy S10+ – Rekaan Mewah Disamping Spesifikasi Lebih Mantap

