Oukitel U20 Plus, Telefon Pintar Kamera Dwi-Lensa Yang Berpatutan

Pada masa kini, telefon pintar telah muncul sebagai pengganti kepada kamera point and shoot. Kebanyakan pengguna telefon pintar masa kini telah meninggalkan kamera digital kompak mereka di rumah dan menggunakan kamera telefon pintar mereka sebagai peranti utama untuk merakam memori di dalam bentuk imej. Kepentingan kamera pada tahun 2017 menjadi lebih ketara dengan semakin ramai pengeluar menghasilkan telefon pintar dengan kamera dwi-lensa.

Produk terbaru dari Oukitel yang akan membuat kemunculan di Malaysia adalah Oukitel U20 Plus. Ia adalah telefon pintar berorientasikan kamera yang mempunyai kamera dual, spesifikasi yang baik dan juga tanda harga yang berpatutan. Skrin 5.5-inci dengan resolusi 1080 x 1920 piksel Full HD dipasang bagi memberikan anda sebuah paparan yang baik.

Dari segi pemproses pula, U20 Plus dilengkapi dengan MediaTek’s MT6737T quad-core 1.5GHz yang dibantu GPU ARM Mali-T720 MP2. Selain itu ia dilengkapi 2GB RAM dan memori dalaman 16GB yang boleh ditambah dengan menggunakan kad microSD sehingga 128GB. Kapasiti bateri sebesar 3,300mAh pula akan memberikan kuasa operasi sehingga satu hari penuh.

Kamera belakang merupakan fokus utama pada U20 Plus. Satu sensor 13MP Sony IMX135 dan dibantu oleh sensor 0.3 yang digunakan untuk mengumpul data imej seperti jarak, kedalaman dan cahaya. Ini membolehkan kamera belakang U20 Plus mendapatkan gambar berkualiti. Untuk selfie, U20 Plus menggunakan sensor 5MP yang boleh menjana imej beresolusi 8MP melalui perisian khas.

Oukitel U20 Plus kini boleh didapati di Malaysia dengan harga jualan RM639 sahaja. Ia hadir dalam tiga pilihan warna, Jet Black, Space Grey dan Champagne Gold.

 

You might also like