Okay Sah! Redmi Note 4 Sudah Dilancarkan!

1844
- Iklan -

Redmi Note 4 secara rasminya sudah dilancarkan di Malaysia setelah mengambil masa beberapa bulan semenjak dilancarkan di China pada Ogos tahun lalu dan jualan global yang dimulakan Januari tahun ini.

Xiaomi Malaysia mngumumkan bahawa peranti dengan cip pemproses Snapdragon 625, bateri 4100mAh dan kamera 13MP CMOS ini akan mula memasuki tempoh pra-tempah pada 10 Mac dan akan mula dijual pada 16 Mac. Anda boleh mendapatkan Redmi Note 4 pada harga RM 799.

Baca Juga