Speaker Bluetooth Terbaru LG Direka Untuk Penggemar Muzik Dengan Gaya Hidup Aktif

bluetooth-speakers-1.0Dilengkapi dengan ciri-ciri terkini serta reka bentuk yang inovatif, LG Electronics telah memperkenalkan speaker Bluetooth keluarannya dengan kemunculan empat buah model terbarunya iaitu PH1, PH2, PH3 dan juga PH4. Apa yang pasti, rekaan speaker Bluetooth ini sememangnya mampu memenuhi keperluan hiburan anda, tidak kira sama ada di dalam ataupun di luar rumah.

LG PH1-large-01Bagi pengguna yang mementingkan aspek ketahanan serta mudah untuk dibawa ke mana jua, model PH2 dan juga PH4 merupakan pilihan yang paling sesuai untuk dimiliki. Ini kerana ia hanya tampil dengan kerangka kompak seberat 167g dan tampil dengan rekaan kalis percikan air bagi memastikan audio berkualiti untuk anda yang aktif.LG PH1

LG PH1 Built in MicrophoneMalah dengan sokongan output pelbagai arah 360 darjah dan juga Bass Boost, ia mampu menghasilkan bunyi yang sangat jelas dan lantang. Lebih istimewa, PH4 juga telah dilengkapi dengan Dual Passive Radiator bagi mempertingkatkan kualiti bunyi serta output bes yang sukar ditandingi oleh speaker sama saiz dengannya. PH2 menawarkan masa penggunaan sehingga 6 jam dan PH4 pula mencecah sehingga 10 jam.

LG PH1-large-02Manakala PH1 dan PH3 pula telah dilengkapi dengan cahaya lampu terbina-dalam yang sangat memukau dan mampu menyerlahkan kecantikan sesebuah ruang. Rekaan lampu yang kelihatan mirip seperti cahaya lilin ini menyokong tiga warna berbeza dan tampil dengan lima pencahayaan pelbagai warna yang menarik. PH3 menawarkan masa penggunaan sehingga 10 jam dan PH1 yang turut boleh digunakan sebagai lampu malam ini pula mampu bertahan selama lima jam.

You might also like