Rasmi! Samsung Galaxy S9/S9+ Dilancarkan Pada Harga Bermula RM3,299

Samsung Malaysia Electronic secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy S9/S9+ ke pasaran tempatan. Ia merupakan peranti induk terbaru keluaran syarikat Korea itu bagi menambah barisan peranti kelas-atasan di Malaysia. Pada kali ini, pemasaran Samsung sedikit berbeza, mereka mengiklankan di platfom media sosial hampir setiap hari beberapa minggu sebelum pelancaran rasmi.

Samsung Galaxy S9/S9+ membawakan sejumlah ciri-ciri terbaru antaranya kamera dengan aperture boleh-laras pertama di dunia, AR Emoji, dan kebolehan mengambil video gerak-perlahan yang dipanggil Super Slow Mo. Samsung Galaxy S9 dibekalkan satu kamera utama manakala Galaxy S9+ hadir dengan dwi-kamera bersama lensa telefoto. Masih kekal dengan identiti Galaxy S, peranti ini dikekalkan dengan paparan Infinity Display 5.8” dan 6.2” Super AMOLED, kali ini ruang bezel lebih nipis.

Samsung Galaxy S9/S9+ boleh dibeli bermula 16 Mac 2018 (hari ini) di kesemua Samsung Experience Store seluruh Malaysia. Dua peranti ini dipasarkan dengan pilihan warna Midnight Black, Coral Blue, dan Lilac Purple pada harga :-

Bersempena itu, Samsung turut mengadakan promosi jelajah di Pavilion (Kuala Lumpur), Aeon Bandar Dato Onn (Johor Bahru), dan Queensbay Mall (Pulau Pinang). Jelajah selama dua hari bermula 16 hingga 18 Mac 2018 menawarkan dok pengecas tanpa wayar Samsung (bernilai RM279) secara percuma. Selain itu, potongan harga 30% untuk pembelian Samsung Gear Sport (sementara stok masih ada), potongan sebanyak RM50 untuk sarung LED View Cover, Standing Clear View Cover, atau Alcantara Cover.

 

Pelanggan juga boleh menyertai program trade-in untuk mendapatkan rebat sehingga RM400. Bagi yang inginkan bayaran ansuran, boleh daftar Pelan Ansuran 0% Faedah (EPP) sehingga 12 bulan. Sebahagian daripada tawaran ini, pelanggan juga akan menerima 1,500 mata ganjaran Samsung Rewards selepas mengaktifkan Bixby, Samsung Members, dan Samsung Pay.

Baca juga :

Reviu Eksklusif (Bah 1): Samsung Galaxy S9 – Peranti Kompak, Kamera Gempak!

Reviu Eksklusif (Bah 2): Samsung Galaxy S9 – Bixby Lebih Pintar, Sistem Nyahkunci Cemerlang!

You might also like