Tonton Rancangan iflix Dari 26 Mei Hingga 1 Jun 2016 Untuk Peluang Memenangi Hadiah Bernilai Lebih RM100,000

pic 1 iFlix selaku peneraju perkhidmatan TV Internet di rantau Asia Tenggara telah menawarkan akses tanpa had kepada pelanggannya untuk menonton pelbagai rancangan TV atau filem popular.

Bersempena menyambut ulang tahun yang pertama, iflix ingin meraikan pelanggan setianya melalui peraduan “GO BINGE OR GO HOME!” yang menawarkan hadiah lumayan dengan nilai lebih daripada RM100,000.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan iflix hanya perlu menonton sebanyak mungkin mana-mana rancangan TV ataupun filem yang ditawarkan. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan iflix yang akan bermula dari 26 Mei ini sehingga 1 Jun 2016.

Trivia menarik iflix:

  • Purata masa menonton pengguna iflix di Malaysia adalah 115.11 minit sehari
  • Telefon pintar merupakan peranti yang paling banyak digunakan untuk menonton iflix
  • 68% daripada penonton iflix adalah dari golongan Milenium dan Generasi Y
  • Genre kegemaran penonton di Malaysia adalah DRAMA
  • iflix paling banyak ditonton antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam

 

 

You might also like