
Cuba Kalau Berani!
Tren video virtual reality (VR) makin menjadi-jadi sekarang ni, sampai syarikat besar pun menggunakan teknologi tersebut sebagai medium pengiklanan. Sebelum ni Volvo, McDonald, JCPenny dan Marriott Hotel merupakan nama-nama besar yang menggunakan VR untuk memasarkan produk mereka.
Kini filem seram The Conjuring 2 pula turut menggunakan VR bagi tujuan promosi, dah lah seram, pakai pulak VR. Anda ada peranti paparan VR tak? Atau Google Cardboard pun boleh! Buat sendiri pun boleh, mudah saja. Kalau ada cuba la alami sendiri pengalaman seram VR The Conjuring 2, berani tak?

