
Samsung Malaysia telah melancarkan peraduan Great Galaxy Raya Deals, yang berlangsung bermula 23 Mei 2016 hingga 17 Julai 2016 dengan menawarkan 30 buah Honda City untuk dimenangi dan pelbagai hadiah-hadiah menarik.
Great Galaxy Raya Deals menampilkan program belian-atas-belian khas untuk peminat peranti Samsung. Sesiapa yang membeli Samsung Galaxy S7, Galaxy S7 Edge dan Galaxy Note 5 dari kedai terpilih, mereka layak membeli sebuah Gear VR dengan diskaun sebanyak 30%.
Bukan itu sahaja, pembeli juga akan menerima sebuah pengecas wayarles Samsung yang bernilai RM279 secara percuma. Jika ingin merebut salah satu daripada 30 buah kereta Honda City, pengguna perlu membeli peranti Samsung Galaxy yang terpilih berjumlah sekurang-kurangnya RM300 untuk melayakkan anda menyertai peraduan tersebut.