Ketua OnePlus Berkongsi Gambar Hitam Putih Menggunakan OnePlus 5

OnePlus 5 dijangka akan dipersembahkan pada akhir bulan ini, ia juga turut menggantikan model 3T yang tidak lagi dikeluarkan. Menggunakan set cip Snapdragon 835 dan mungkin RAM mengjangkau 8GB, flagship terbaru ini pasti akan menjadi killer kepada jenama lain.

Kamera kedua pada OnePlus 5 juga dikatakan tidak akan menggunakan lensa sudut lebar ataupun telephoto, malah ia akan dimuatkan dengan lensa monochrome yang hanya menangkap gambar hitam putih sahaja. Fungsi sensor ini membolehkan cahaya yang sensitif untuk masuk bersama bantuan sensor RGB bagi melengkapkan perincian gambar. Jika sebelum ini telefon pintar Huawei P9 dan P10 sahaja yang mampu merakam gambar sedemikian.

Terkini, Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus, Pete Lau telah menunjukkan contoh gambar baru yang telah dirakam menggunakan produk terbaru beliau melihatkan seorang lelaki tidak berbaju di dalam air bersama bot kecil di belakangnya.

Syarikat dari China ini sedang menunjukkan komitednya terhadap pembangunan dalam penghasilan telefon pintar setanding jenama-jenama gergasi di luar sana.

You might also like