
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan PRIME (Program Realisasi Impian Ekonomi Digital), sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh MYNIC bagi memacu adaptasi digital di kalangan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) serta meningkatkan daya saing perniagaan kecil di Malaysia.

Di bawah inisiatif ini, MYNIC telah memperkenalkan kategori baharu nama domain iaitu .BIZ.MY khusus untuk memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) di Malaysia serta memacu adaptasi digital.
Bersempena dengan pelancaran PRIME, MYNIC menawarkan 20,000 nama domain .BIZ.MY secara percuma yang melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM1.6 juta kepada MSME yang layak.
Antara rakan-rakan strategik MYNIC termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta agensi-agensinya, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), SME Corp, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Pahang Go Sdn Bhd, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan UTMSPACE.
Melalui .BIZ.MY, perniagaan akan memperolehi keistimewaan yang lebih kompetitif melalui peningkatan Search Engine Optimization (SEO) yang mampu memberikan keutamaan kepada pengguna domain tempatan dalam enjin carian Internet. Ia juga meningkatkan kredibiliti dan tahap keselamatan yang lebih efektif dengan kos tahunan RM80 sahaja.
Pendaftaran boleh dibuat melalui www.prime.mynic.my atau agen jualan MYNIC mulai 1 Disember 2020.
Layari www.prime.mynic.my untuk syarat kelayakan dan maklumat lanjut.