
Twitter Melancarkan Fungsi Siaran Langsung Video
Siaran video secara langsung menjadi tren media sosial yang hangat kebelakangan ini, semalam Instagram baru sahaja melancarkan fungsi serupa pada platform mereka. Kini Twitter juga turut serta dengan fungsi Go Live, menjadikan Periscope, Facebook Live dan Instagram menjadi antara media sosial utama dengan sokongan video secara langsung,
Fungsi terbaru ini boleh dinikmati pengguna iOS dan Android dengan syarat anda perlulah mengemas kini aplikasi Twitter kepada versi terkini. Kami baru sahaja memeriksa Play Store, nampaknya versi terbaru dengan fungsi Go Live masih belum dapat di muat turun di sini. Namun pengguna iOS sudah pun boleh mencuba Go Live.