Xiaomi Mi Max 2 Akan Diperkenalkan Kepada Umum Pada 25 Mei Ini

 

Syarikat dari China ini akan melancarkan peranti terbaru Xiaomi Mi Max 2 minggu hadapan berdasarkan pengumuman yang telah dibuat di laman sesawang rasmi mereka baru-baru ini. Kejayaan dalam penjualan pada model siri terdahulu iaitu Xiaomi Mi Max menjadikan model terbaru ini ditunggu-tunggu oleh peminat tegar Xiaomi pada 25 Mei, minggu hadapan.

Menurut sumber, peranti ini akan dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 626, dibantu dengan RAM 4GB serta storan dalaman sebesar 128GB. Kamera pula hadir dengan 12 Megapiksel di bahagian belakang manakala kamera 5 Megapiksel pula digunakan di bahagian depan. Selain itu, dari segi sambungan pula, Xioami Mi Max menyokong rangkaian 4G LTE, USB Type-C, IR Blaster, bicu 3.5mm audio jack dan kemasan kerangka logam di luar.

Maklumat harga dan selanjutnya akan diperolehi selepas majlis pelancaran nanti. Jadi nantikan….

You might also like