Huawei Menawarkan VoLTE Di Peranti Huawei P10/P10 Lite

Telco Digi antara salah satu syarikat yang menawarkan VoLTE iaitu panggilan kualiti suara dan kelajuan 4G yang pantas kepada pengguna Malaysia. Peranti P10 Lite adalah telefon pintar pertama bersama-sama P10 yang berupaya membuat panggilan VoLTE dalam segmen peranti pertengahan.

Huawei P10 dan P10 Lite mempunyai cip pemprosesan Kirin 960 dan EMUI 5.1 yang canggih membolehkan anda berinteraksi dengan lebih jelas tanpa gangguan menggunakan rangkaian Digi.

Matthew Ng, Timbalan Pengarah Pengguna Huawei Malaysia berkata pengguna dapat menikmati kelajuan transmisi tinggi apabila melayari Internet semasa menerima panggilan tanpa menggunakan kuasa bateri yang banyak. Rangkaian Digi 4G Plus adalah yang terbaik dengan meliputi 85% kawasan di Malaysia.

Anda boleh membuat pembelian Huawei P10 / P10 Lite di Stor Digi yang terpilih berhampiran.

Model Spesifikasi Warna Harga
Huawei P10 4GB RAM + 64GB ROM Emas Prestige/Hitam Graphite RM 2,499
Huawei P10 Lite 4GB RAM + 32GB ROM Emas Prestige/Hitam Graphite/Biru Sapphire (Edisi terhad) RM 1,299

 

https://www.youtube.com/watch?v=u9PORwYZSCo

You might also like