
Memperkenalkan Samsung Galaxy S7 Edge Versi Temasya Olimpik
Pada tanggal 5 Ogos yang akan hadir tidak lama lagi, kita akan menyaksikan majlis sukan Olimpik membuka tirainya. Brazil, terutamanya di Bandar Rio de Janeiro sekarang sedang sibuk menjalankan pelbagai persiapan bagi menyambut majlis sukan bertaraf dunia itu. Bukan sahaja tuan rumah yang sibuk dengan persiapan mereka, malah syarikat dan badan-badan yang etrlibat secara tidak langsung seperti dari segi promosi dan juga penajaan juga berhempas pulas menggandakan usaha mereka.
Beberapa gambar leaks menunjukkan peranti Samsung Galaxy S7 Edge versi Olimpik mula muncul di laman sesawang. Dikhabarkan bahawa peranti tersebut akan diagihkan secara percuma kepada atlet-atlet yang mengambil bahagian pada temasya kali ini, sama seperti yang Samsung lakukan pada temasya Olimpik 2012. Namun masih tiada berita rasmi berkenaan hal tersebut dan sama ada model ini akan ditawarkan kepada orang ramai.

