Samsung Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Google Dalam Pembangunan UI

1Samsung merupakan pengeluar terbesar peranti platform Android dan ini bermakna TouchWiz merupakan paparan antaramuka yang banyak digunakan di pasaran sekarang. Namun begitu Samsung menghadapi pelbagai masalah dengan paparan antaramuka ini kerana ianya dilaporkan mempunyai masalah memori dan kebanyakan pengguna lebih gemarkan UI yang tidak dipenuhi aplikasi sampingan. Oleh itu terdapat beberapa desas desus yang Samsung akan bekerjasama dengan Google dalam menambah baik TouchWiz, dan ini merupakan situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak kerana reputasi Samsung dalam paparan antaramuka akan dapat dibaiki, manakala Google dapat mengurangkan kadar imigrasi pengguna Android ke platform lain.

You might also like